Followers

Recent Posts

Monday, January 23, 2012

Jom buat donut anak-anak...

Pada musim cuti sekolah yg lepas..mama isikan masa lapang anak-anak dgn membuat aktiviti memasak..hihihi..'The Oldest' & 'The Middle' sgt teruja..'The Youngest'??? Waaaaa..dia pun teruja juga walaupun x tahu apa2..hihihi..memandangkan anak mama suka makan donut mama pun ajar le mereka buat donut..sebelum ni, kalau mama buat donut je, anak2 akan mengintai sambil bertanya.."mama nak tolong boleh?"..mama akan jawab.."tak boleh..biar mama buat ye.."..jawapan mereka.."alaaahhhhhh..."..bukan x nak bagi..tapi ms tu mama xde mood..hihih..oleh itu mama ambil kesempatan musim cuti lepas mama pun ajar le anak-anak mama..excited sgguh mereka..mama pun sediakan lah tools & bahan2..bab ulu-menguli, mama punye keje..bab mebentuk donut di tangan mereka..seronok mama melihat mereka..paling best tu..hasil nya, mereka boleh bagi kawan2 utk menikmati bersama..






<<inilah hasilnyaaaa>>

Wednesday, January 18, 2012

Airis..Playtime..In and Out..




video

Airis 'The Youngest' kini sudah berumur 12 bulan..baru je tumbuh satu gigi dan sudah mula belajar berjalan..mama kenalkan nya dgn permainan 'in and out'..sesuai dgn umurnya..anak2 baya nya mmg suke dgn brg2 yg berada di hadapan mata..satu cara untuk mereka ingin kenal dgn barang tersebut adalah dgn memasukkan ke dalam mulut mereka..hurmmmm..itu laa yg berlaku pada Airis..pantang jumpa apa saja..sume di masukkan ke dalam mulut..jd mama kene beware le setiap masa..mulut mama x berhenti membebel pada 'The Oldest' & 'The Middle'.."Jangan sepahkan barang nanti baby kutip dia masukkan dlm mulut!!"..blh dikatakan setiap jam 'alarm' mama berbunyi..hihihi..

Permainan ini..Brilliant Basics Baby First Blocks (Fisher Price) adalah pemberian dari kakak ipar mama ketika lahirnya Airis..ia dpt membantu mama untuk mengajar Airis tentang bentuk, penggunaan tangan (masuk dan keluar) dan menerima arahan..mama mengajar Airis bagaimana memasukkan dan mengeluarkan blocks sambil memerhatikan bagaimana dia menggunakan permainannya..ketika mama meminta blocks yg berada di dalam bakul, dia menghulurkan setiap blocks yg terdapat di dalam bakul tersebut...dan mama memimpinnya utk memasukkan blocks mengikut bentuk..ia juga mewakili warna2 yg terang..ini menarik perhatian Airis dan dpt membantu dia utk membezakan warna pada masa akan datang..

Fruits..and..Colours..




Jom belajar tentang buah-buahan..kali ni mama mengajar 'The Middle' tentang buah-buahan dalam Bahasa Inggeris..utk menarik minatnya, mama print out & suruh dia warnakan gambar2 buah-buahan yang di tunjukkan..sambil itu mama mengajar tentang perbezaan warna..alhamdulillah..dia dapat memberi tumpuannye..mama cuba bertutur dlm bahasa inggeris dgnnya agar dia dpt biasakan diri dgn bahasa inggeris..mama memberi erti setiap perkataan yg di ucapkan..mama suruh dia mengeja BANANA dan dia mengeja dgn betul dan mama bertanya lagi.."WHAT COLOURS IS BANANA?"..dan mama tunjuk ke arah banana..dia pun menjawab.."KUNING"..mama pun bertanya.."KUNING IS???"..dia pun menjawab.."YELLOW"..mama pun btanya lagi dan kaitkan dgn brg2 yg berwarna kuning di sekeliling dia..dan dia menjawab "MATAHARI"..mama bertanya lagi.."WHAT IS MATAHARI?"..dia 'confuse' dgn pertanyaan mama..mama pun flashback tentang pelajaran lepas.."I CAN SEE THE???"..dia terus menjawab.."SUN!!!!"..dgn cara ini, dia akan mudah ingat tentang apa yg di ajar..

<<utk print out lembaran kerja FRUITS blh klik sini>>



Tuesday, January 17, 2012

Video You Tube..


Anak2 bosan kalau kita mengajar direct je..sejak 'lahir' nya VCD..anak2 mula cenderung ke arah itu..tapi x larat le poket klu nak membeli VCD aje..nasib ade YouTube boleh tgk video2 pendidikan untuk anak2 cth sprt lagu kanak2..anak2 saya terutama 'The Middle' & 'The Youngest' lebih memberi tumpuan kpd bnda yg bergerak..lagi 'The Youngest' pantang bila dengar bunyi badannye bergoyang..hihi..sy pun seacrh video seperti ABC's, Alif Ba Ta utk menarik perhatiannya..tapi masalahnye..bila pasang youtube memakan masa yg lama lak nk tunggu utk load video nye sampai penuh..'Papa' pn bg satu link yg boleh download video tersebut dan menjadi simpanan terus..jadi x yah le nak buka internet lagi..boleh klik sini <keepvid>

Saya mengajar 'The Middle' & 'The Youngest' tentang warna dalam bahasa English..ini video yg sy jumpa..



kemudian..saya pergi ke web ini <keepvid>..
seterusnya..copy link youtube dan masukkan ke dlm kotak yg disediakan & klik download..

<<klik imej utk besarkan>>

pastu ikut arahan seterusnya..RUN video yg anda ingin downloadkan..selepas itu..

<<klik imej utk besarkan>>

ikut arahan seterusnya...begitula caranye..kini file video saya penuh dengan lagu kanak2..hihihi..Papa pun pening..hahaha..SELAMAT MENCUBA.. :)


'The Oldest' & Matematik..

Mengajar matematik pada kanak-kanak mmg mencabar jiwa..lg2 skrg byk sistem matematik yg bermcm2 jenis..Masa zaman mama dulu, proses tambah bilang sume jari skrg..5 jari blh jadi 10 jari..jadi mama pn kene le ikut sistem yg sekolah ajar..pening di buatnye..(sbb mama bkn otak matematik huhu)..alhamdulillah Aiman dpt terima sistem pengajaran yg di ajar oleh cikgunya sejak dr Pra-Sekolah..sehinggakan mama pn terjebak dgn sistem itu..anak ajar mak???..matematik mmg memerlukan latihan yg banyak utk mengasah minat & pemahaman anak..sebab itu laa dr awal lg, anak harus dia ajar sukakan matematik..mama dulu mmg x suka matematik..bila lps sekolah, smbung bjar, ingat kan matematik xde dlm jadual lagi..rupanya, masih lg ada..pertama kali dlm sejarah mama ketika itu mengadap matematik dr tgh mlm smpi ke pagi buta..hihihi..oleh itu, mama mgmbil jalan awal utk menerap minat Aiman minat dlm matematik..


mama buatkan soalan matematik untuk Aiman & dia cuba membuat..sambil dia buat..mama tengok..apa yg penting bukan salah & betul jawapannye..tp cara dia menjawab soalan & pemahamannya..alhamdulillah dia memberi tumpuannya..


mama juga menggunakan kemudahan yg ada di dalam internet..kdg2 kanak boring melihat soalan2 yg 'kosong'..mama cari sumber2 yg dpt menarik minat anak2 mama di sini <kidzone>..dan juga mama belikan buku2 yg sesuai untuk KSSR Tahun 1 di kedai buku Popular..

Buku Latihan KSSR 2012 Tahun 1 (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd)
Modul Ujian Jan-Dis Tahun 1 (Terbitan Pan Asia Publications Sdn Bhd)


Sunday, January 15, 2012

Time for English..

'The Middle'
Saya mendapat laman web yg berguna (disini) untuk membantu anak saya Airel (The Middle) mengenal bahasa inggeris tanpa rasa risau..sambil menulis, mewarna..dia blh mengingati perkataan dan mengenal perkataan tersebut..bahasa inggeris memang sukar utk dipelajari & di fahami bg kita yg sememangnya 'ori' melayu ni melainkan kita dr awal blh 'speaking'..sedangkan saya sendiri pun 'broken english'..hihihi..tapi saya cuba untuk mengajar anak saya..saya bernasib baik kerana sy mendapat 'free printables' dari web ini..dan 'owner' web tersebut memberi guide & idea yg sgt baik utk mengajar 'english language' dgn cara yg menyeronokkan..

'The Middle' cuba membuat lembaran kerja english nya yg pertama..walaupun ayat yg ditunjukkan panjang tapi mudah di ajar..dan dia seronok membuatnya..

<read it..>

<trace it..>

<Paste it..>

< I can see the sun>

Selepas itu, lembaran kerja ini saya susun di dalam fail kerja 'The Middle' supaya pd masa akan datang saya akan 'flash back' kembali bersamanya..seronokkan?? jom cuba..


'The Oldest'
Aiman..'The Oldest' pula..saya jumpa lembaran kerja sesuai untuk Tahun 1 KSSR (English) di kedai buku Popular..'The Oldest' boleh membaca tapi ada sesetangah perkataan yg dia tidak tahu..jadi, sy kene menerangkan lagi maksudnya..


< he/she/I/you >

Buku Latihan KSSR 2012 Tahun 1 (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd)
Modul Ujian Jan-Dis Tahun 1 (Terbitan Pan Asia Publications Sdn Bhd)

Seperti juga 'The Middle', lembaran kerja 'The Oldest' saya simpan di dalam file kerjanya sebagai rujukan pd masa akan datang..

Friday, January 13, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan??


Ermmm..macamana saya nak ajar anak saya kerana saya tidak tahu bagaimana sistem pembelajaran sekolah rendah dan pra sekolah?? Alhamdulillah saya jumpa laman web yg berguna untuk sy merancang pembelajaran anak-anak saya mengikut piawaian persekolahan di negara kita..untuk Aiman 'The Oldest', darjah 1..saya jumpa web ini..

dan untuk Airel 'The Middle' yg berumur 5 tahun (2012), memandangkan saya tidak menghantar Airel ke pra-sekolah untuk thn ini, sy mencabar diri saya untuk mengajarnya di rumah dan alhamdulillah saya jumpa Rancangan Pengajaran Tahunan untuk Pra-Sekolah di web ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...